Salam Perkenalan

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Tetiba harini terdetik nak recheck acc blogger yang dah lama ditinggalkan dalam gua ni hahah... Yalah, zaman sekarang jarang2 nampak anak muda main blogger2 ni.... kejanya hanya instagram ja memanjang kan ... sampai terkadang diri kita sendiri ni pun terpengaruh...

Sangat2 nak tergelaklah bila tengok balik acc blog lama yang tah apa2, tapi dalam masa nak tergelak tu, ada lah terkenang kenangan sampai berjaya membuatkan diri ni tersenyum sorang2, orang lalu lalang pun pelik tengok kita ni dah kenapa senyum sorang2, angau bercinta ke hahaha ...

Sekarang ni nak bergiat aktif balik dalam penulisan blogger ni, sebab saya suka buat benda yang jarang2 orang nak buat ni... it's something old but also got something new to explore, masih banyak yang perlu saya belajar dan apa salahnya saya berkongsi kisah suka dan duka saya dengan anda semua kan ? 

Disebabkan saya seorang yang agak introvert dalam dunia nyata, dekat sini jelah saya nak story mory dengan sahabat alam maya saya ... untuk pengetahuan tambahan anda semua, saya masih dalam fasa mengubah diri kepada someone yang not too over-introvert... Ia mungkin mengambil masa yang lama tapi mohon kalian doakan saya ya :)

Ha... tengok tajuk post ni balik... Salam Perkenalan bukan ??? jadi, di kesempatan ini, saya nak memperkenalkan diri saya dengan anda semua, siapa saya secara ringkaslah ... Disebabkan tempoh hari saya ada tertengok satu video ceramah Ustazah Fatimah Syarha yang share tentang kaedah beliau berkenalan dengan suaminya dengan menggunakan sehelai biodata diri sahaja, saya pun berminat lah nak menonjolkan diri dekat anda menggunakan biodata jugak hehehe. 




You are welcomed to read while relax hahaha..... Jemput baca ~


.
.
.
.
.
.
.
.
.

Terima kasih daun keladi kepada yang sudi baca first entry saya ni dan sudi mengenali diri insan yang serba kekurangan ini huhuhu... ketemu kita di lain hari di lain entry, untuk yang tak keberatan, boleh drop your comment nama IG/FB atau apa2 ja medsoc untuk saya notice anda hekhekhek... Sekian dari saya...



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Comments